Nick name aku Sab, aku baru kenal dunia bundle,kat sini aku nak ceritakan sikit perihal bundle, mungkin bro-bro otai bundle tak rasa pelik lah cerita aku ni, tapi aku teruja. Perkataan BUNDLE ni aku dah lama dengar,bila sebut ja bundle.. dlm fikiran aku 'kedai jual pakaian terpakai' mostly apa yang aku nampak pakaian yang dah buruk la,"DAH BURUK" ayat yang aku rasa bukan aku sorang saja yang terfikir, ini lah yang dikatakan tengok tapi tak nampak... terjadi kat semua orang termasuklah aku. Episod bundle ni secara tak sengaja di screen testkan pada aku lebih kurang 3 bulan yang lalu bila seluar jeans levi's 501 yang aku beli kat u.s.a setahun setengah yang lalu koyak,masa tu aku bekerja sebagai pramugara di malaysia airline so setakat nak beli jeans yg ori tu tak jadi masalah le tapi aku dah tak lagi kat situ, nak tak nak kena le beli kat sini. Aku pun pi le kat alamanda mall putra jaya kat situ ada levi's store, mak oii....mahalnya rm350!!! dulu aku boleh dapat kat u.s.a rm130 je..ori lagi, ni... dahlah mahal made in philippine lak tu, tak jadi aku nak beli, sambil menyumpah terus aku balik ke rumah. Sehari suntuk aku dok memikirkan pasal harga seluar levis tu, mengarut punya harga,aku rasa macam hampir tertipu. Aku mula terfikir kesian gak kat bro-bro yang freak levis ni, firstly no choice kena beli dgn harga macam tu lepas tu dapat lak yang tak ori, aduh kesian... Masa aku pramugara dulu aku ada kenal sorang mat salleh ni ,dia pembekal jeans levi's terpakai, aku kenal dia pun masa aku pi buat flight ke LA, biasa lah mas crew kan peramah sebab tu menang 4 kali WORLD BEST CABIN STAFF,aku pun cari balik e-mail dia dengan niat nak tolong bro-bro kat malaysia ni dapat pakai seluar levi's 501 yang ori dan murah. Peraap....dia balas e-mail aku, ayat dia "how many do you want?"aku pun dengan lagak sombong balas balik "I need 300pairs",bila quotation sampai..rmxxxxx wow...terkejut badak,nasib baik aku ada saving sikit tu pun duit dari jual motor ducati 916 aku, Dua minggu lepas tu barang yang aku order sampai, fuhh...happy gila, bila buka je kotak tu aku rasa macam tak nak beri kat sesiapa pun, rasa macam nak pakai sendiri, banyak beb 300pairs gila ke nak pakai sorang. Bila semua seluar tu dah berlonggok kat depan aku baru aku terfikir..nak jual kat siapa ni? Ahh...mati aku. Kebetulan neighbour aku baru buka restoran kat belakang tesco extra bt.3 shah alam (kat area stadium shah alam), happening tempat tu, p/s: nama restoran dia GANG CORNER saja je nak promote, dia suruh aku bawa ke restoran dia cos tukang masak dia ( awe kelate ) nak tengok,bila sampai je, aku pun buka la boot kereta dan tunjukkan kat dia orang, terkejut aku dengan respond yang aku terima.....dashyat. Bermula dari situ lah aku dapat melihat dengan jelas dan nampak apa itu "pakaian terpakai" yang patut digelar "The Great Bundle " ....bersambung
WornWorth Outlet
The Creator is born......
Ku amati dunia bundle ni amat mendalam,untuk memahami dan mencipta dunia bundle dalam diri aku bukanlah semudah 123, ilmu yang payah untuk dicilok, kalu ada didalam internet pun istilahnya takkan sama dengan bro otai bundle kita gunakan, sebagai contoh "belah guni","barang kepala,badan,ekor""kain 100","kain 50/50","3 kain" dan macam-macamlah, untuk baju lak aku kena kenal tahun tag lama, nama tag lama, perbezaan kain baru dan lama, benda yang aku nak kena kenal ni usianya lebih dari 30 tahun...mak..ai pening tapi berbaloi. Untuk seluar lak contohnya Levi' 501, untuk kenal jenis kain je dah tak cukup space memori card otak aku, macam aku cakapkan tadi istilah yang digunakan tak da dalam kamus dunia seperti "kain pasir kasar","kain pasir halus",kain batu","kain padang","kain buluh","kain bombastict","kain reborn"nasib kain pelikat tak ambil part, itu belum patern dia lak, contoh kepala kain, kepala kain separuh, big"E","XX, eh...banyak le...so..kenali lah jeans anda bukan hanya pada jenamanya saja tapi keunikkan dan kualitinya yang sepatut di ambil kira.
No comments:
Post a Comment